Wednesday, November 30, 2011

Sebutlah.. Dengan Nama Allah Yang Maha Permurah lagi Maha Mengasihani..

Assalamualaikum w.t.b. 

Para sahabat dan para pejuang penegak kebenaran (Agama Islam). Moga kalian semua dirahmati Allah S.W.T (Tuhan yang menjadikan alam ini dengan adanya tumbuhan-tumbuhan yang menghijau yang menghasilkan O2 bagi memberi kecukupan kepada kita untuk bernafas di muka bumi-Nya. Dan kita menghembus CO2 untuk disalurkan kepada tumbuhan-tumbuhan tersebut untuk mereka bernafas seperti kita. Allah S.W.T jugalah yang telah mencipta seluruh anggota badan kita (tanggan, jari-jemari, kaki, mata, mulut, telingga, hidung dan sebagainya) untuk memudahkan kita memegang barang, memudahkan kita untuk menulis, memudahkan kita bergerak dari satu tempat ke satu tempat, memudahkan kita untuk bernafas, melihat dan mendengar segala keindahan ciptaan Tuhan). Masyaallah, lihatlah, betapa hebatnya dan aggungnya ciptaan Allah S.W.T. Segala yang dicipta dan segala kehendak-Nya semua diluar kotak akal fikiran kita. Tetapi mengapakah kita masih lalai terhadap tanggungjawab kita kepada Allah S.W.T setelah Dia memberi segala kenikmatan ini secara PERCUMA? segala pertanyaan ini saya tujukannya terutama pada diri saya sendiri. Betapa ruginya kita, setelah hidup di atas muka bumi-Nya tanpa membayar sesen hargapun, tapi perintah-Nya kita tidak mahu ikut. Alangkah hinanya kita disisi Allah S.W.T.Nauzubbillah....   

Wahai umat akhir zaman, Bersaksilah wahai umat Muhammad S.A.W:"Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah S.W.T, dan Nabi Muhammad S.A.W itu pesuruh Allah S.W.T."  

Moga dengan adanya entri ini, dapatlah sama-sama kita nasihat-menasihati dan sampai-menyampaikan kepada sahabat kita yang lain, Insyallah. Saya tidak mahir menulis, hanya terzahir dari lubuk hati. Moga ianya berguna, Insyallah.
Sekian.. 
Assalammualaikum w.t.b




No comments:

Post a Comment